Wednesday, June 19, 2013

Opini Tetang Pemikiran Positif

Posted by Mix Chenel at 10:42 PM
Reactions: 


Pemikiran Positif
Oleh : Nina Julita

Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina. Sedangkan manfaat dari berfikir positif itu sendiri akan memberikan dampak positif pada diri kita.[1]
Mungkinkah kita sudah berfikiran positif. Walau bagaimanapun kadang-kadang tercetus pemikiran yang tidak rasional mengakibatkan kita membuat kesilapan dalam berfikir. Kesilapan dalam berfikir dan pemikiran yang tidak rasional adalah puncak utama menyebabkan terjadinya pemikiran negatif.
Berfikiran negatif pula akan mewujudkan emosi negatif seperti stres, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih buruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan. Pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir adalah cara pemikiran yang tidak berasas dan mengakibatkan perasaan negatif dan ketidakupayaan. Cara pemikiran sedemikian tidak memberi kebaikan untuk jangka masa yang panjang malah aku merugikan diri sendiri dan orang lain.
Selain mempunyai pemikiran yang positif, kita juga mestilah mempunyai semangat yang kuat dan sentiasa bermotivasi. Saya sangat teruja bila melihat rakan-rakan seperjuangan semakin berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Siapa kata kita tidak mampu berniaga?[2]
Menurut saya untuk berfikiran positif, memerlukan pemerhatian yang positif terhadap perkara-perkara yang anda alami di dalam kehidupan harian anda. Setiap kali anda dilanda berfikiran negatif atau berfikiran tidak rasional, cuba fikirkan sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif. Apabila anda menyedari berlaku kesilapan dalam fikiran anda, cuba perbetulkannya.
Kita bisa mengamalkan pemikiran positif dimanapun kita berasa dan kapan saja, terutama sekali  apabila anda terasa mempunyai perasaan negatif.
Untuk mengamalkan berfikir positif bisa kita lakukan, Tentukan matlamat yang mampu dicapai, Berkawan dengan orang yang berfikiran positif, Kerap mengamalkan senaman relaksasi, Amalkan jenaka di dalam kehidupan harian anda - ketawa boleh membantu, Selalu berada di tempat-tempat pembinaan aspek kerohanian.[3]




[1] Dessler, Gary, (2005), Pemikiran Positif, Fajar Agung. “manfaat berfikit positif Pada keseluruhannya anda akan merasa bahagia, Anda akan disenangi dan dihormati
Anda akan mudah mendapat kawan, Anda akan menjalinkan hubungan sosial yang baik,
Anda berupaya untuk menangani stres dengan menjadikan keadaan negatif sebagai
peluang untuk anda belajar, Anda cenderung melihat kebaikan orang lain dan ini akan mengelakkan wujud, permusuhan di antara anda dan orang lain.
[2] Kandar, Supomo,1983, Logika Menuju Berpikir Runtut, Penerbit Fajar Lentera, Fajar Agung. “Memiliki minda yang positif sangat perlu bagi mereka yang memilih usahawan sebagai kerjaya sepenuh masa. Adakalanya tidak semua yang dirancang akan membuahkan kejayaan. Kegagalan dan kejayaan adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Sebagai usahawan yang tulen, syukurilah setiap ketentuan tersebut”.
[3] Henry Simamora, Logika Berfikir, Gramedia,(2006:5)

0 comments:

Tinggalkan Komentar Anda Terimakasih

 

| Nina Julita | Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei